Tuesday, March 25, 2008

Tengku Adnan yang memeranjatkan

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.

Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bankrap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.

Beliau juga menghadapi sekurang-kurangnya 11 petition mahkamah menuntut penggulungan syarikatnya oleh pelbagai pihak, dua darinya dari kerajaan Malaysia sendiri, apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.

Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.

Laporan lengkap dengan dokumennya dalam Siasah Ahad ini.

6 comments:

Anonymous said...

JANGAN BIMBANG
SEMUA KES DAN MASALAH SYARIKAT DIA TU AKAN SETEL BILA DIA JADI MENTERI NI
DAN JANGAN HAIRAN SYARIKAT2 INI AKAN JADI PAKSI KEPADA SCOMI
BUANG YG ADE SYARIKAT SIKIT2 BAGI YANG ADE BERPULUH2 SYARIKAT
SENANG SIKIT NAK GELAPKAN DUIT NEGARA

tuabak said...

is this what UMNOputra is all about? DISGUSTING! we were taught LEADERSHIP BY EXAMPLE and see what happens when $$$$ and power become the number one priorities.

asalbayu said...

Saya pernah menjadi wartawan sambilan akhbar WATAN ketika Tengku Adnan menguasainya dulu. Di kalangan ridaksi yang diketuai oleh Zahari Afandi, dia dikenali sebagai T.A. Pada pengetahuan saya dia juga memiliki produksi filem dan drama yang dikenali sebagai TADMANSORI.

Namun saya tidak berhasrat menyentuh produksi berkenaan. Sebaliknya adalah berkaitan dengan akhbar WATAN yang sehingga kini terus lenyap. Saya tidak menerima kebanyakan bayaran atas tugas yang diminta saya melaksanakan bagi membuat liputan sukan. Kenalan saya di meja sukan WATAN ialah Amran Mulup (Amran Zimbo) yang kemudian bertugas di Utusan Malaysia juga Meja Sukan. Selain itu ialah Osman Lisut dan Jailani (Jai). Saya tidak pernah bersua dengan Osman dan Jai. Amran pernah saya temui sewaktu dia datang membuat liputan perlawanan bola sepak di Alor Setar.

pembela Malaysia said...

Hai..macam2 lah..ni ape cite ni..

Jurufoto said...

baru buat statement nak pecat MB trengganu jk terima Watikah Sultan..
naper x pecat lagi?
Adnan ni jenis mulut celupar..
sepatutnya Adnan yg kena buang dr UMNO..
sy cabar adnan pecat YB MB..
cakap x serupa bikin..
reti nak pecat jer..
patut ler UMNO kalah, jk ada manusia seperti ini

jebatderhaka said...

Tun Mahathir dah buang lama dah dia ni..
Tah kat pasar borng mana....la Dolah jumpa dan pungut balik.
Dia ni kalau 'ikan',dah lama nelayan buat baja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...